Dah lama gilo tak update blog.
Okay, so kali ni adik nak cerita pasal pergi makan tengah malam (supper) di Restoran SS2 Murni.... Long2 ago... Hehehehe... Mesti ramai dh familiar murni kn,yg dekat SS2 ni n slalu jgk msk paper...
Actually ada lagi satu restoran yang serupa macam ni.
Orang panggil Restoran William tapi tak pernah pergi lagi.
Restoran ni memang dah popular gila. Semua orang tau.
Tapi sy sje je nk cite,tibe2 je cm lapar....
Dekat restoran ni yang paling pelik dia tak ada menu makanan.
Kita kena tengok orang lain makan apa lepas tu kita bagi tahu la waiter tu. Cuma tunjuk kat waiter tu je.
Makanan kat sana semua dalam portion yang banyak sangat.
Memang kena kongsi la kalau pergi dengan kekasih,kakak,abg,adik... sume la...
Tapi make sure korang kosongkan perut dulu sebelum pergi sana... klau x rugi owh,mkn xabes...
Ni nama dia Roti Hawaii...
Dalam roti ni dia letak sosej, ayam, nenas dan sewaktu dengannya.
Semua bahan tadi di hancurkan lepas tu balut dengan kulit murtabak.
Mayonis dia banyak gila...
Yang plak nama dia Spaghetti Cabonara.
Sangat2 creamy.
Ada banyak isi dia letak.
Sosej, ayam, chicken ball, etc.
Yang ni pula nama dia air Pink Panther dengan air mulberry special...
Yang ni pula tak tahu apa.
Cuma nampak atas meja orang je.
Tapi nampak menarik sangat.
Nama dia Mee Raja.
Mee ni ada udang besar, sotong besar, carbstick, ayam..
Dan skrg MURNI de lg 1 kedai,br je tau dr blog sape ntah... ni copy N paste tau... Huhuhuhu...
New version of Murni, dipanggil Murni Discovery. Murni ni super updated kalau nak dicomparekan dengan Murni dekat SS2 tu. Nak tau? Baca la ni okay...
Nak pergi kesana, hurm, aku tak biasa sangat dengan area situ, so nak bagi direction tu tak pro sangat la haha. Tapi apa2 hal pun tempat dia terletak dekat Sunway Mas Commercial Centre. Tak ring a bell lagi? Ok, Sunway Mas ni terletak dekat2 dengan Aman Suria, KJ. Tak familiar lagi, aku tak ley tolong dah. Sunway mas ni tak senang nak jumpa map dia. Nak mudah sket, korang google je Aman Suria. Nak masuk ke sana, aku senang masuk dari LDP, straight je sampai hujung sblh NKVE tuh. Refer map okay. Korang dah sampai area sana, cari jalan PJU 1/3B. Jumpe la korang nanti.
Murni Discovery @ Wikimapia
Depan kedai dia
Murni, Murni Discovery
Kaunter
Murni Discovery sangat berbeza dengan abang dia dekat SS2 ataupun Williams dekat Kelana Jaya. Ni adalah cawangan baru yang betul2 proper kedai. Takde dah makan tepi jalan, eventhough malam tu aku pergi, orang ramai sampai ada juga meja kat bahu jalan, lol.
Dalam kedai, lain skit
Persekitaran dalam kedai dia, memang cantik. Dia betul2 buat macam kedai yang above average dari segi konsep dalaman dia. Korang tengok sendiri dari gambar2 aku amik ni. Tak sempoi la kedai ni. Compare dengan ss2 yang makan dengan meja plastik, duduk kat kaki lima dalam gelap, sini atmosphere dia memang aku bagi tinggi. Tapi since orang ramai, bising tu mmg agak bising, so kalau nak discuss pasal bisnes ke, better pegi tempat lagi senyap la hehe.
Dari segi kebersihan pun aku bagi tinggi juga. Pekerja dia memang laju je kemas meja lepas orang blah. Tapi tak tau berapa lama bole bertahan. Aku harap diorang keep up their good service.
Menu – sila click untuk image lebih besar dan jelas.
Ini satu lagi yang lain dari kedai2 dia sebelum ni. Dia ada Menu !! Haha benda yang paling diharapkan setiap kali korang pergi kat Murni atau William’s. Menu dia memang complete. So kali ni jangan risau korang tak tau nak order ape. Sebab semua hidangan dia ada documented dalam menu dia, bersama dengan short description pasal makanan tu + Harga which aku rasa sangat bagus dia buat mcmni. Sila click ok semua gamba menu ni untuk image lagi besar.
Nasi Lemak
Roti roti
Chunky chunky
Mocktail
Kedai dah jadi lawa. Tak duduk atas kerusi plastik, meja pun bukan plastik dah. Tak makan dalam gelap. So ape lagi benda baru? Haha, believe it or not, waiter dia amik order pakai pda (pda la kan? haha). So agak moden juga la. Kalu korang nilaikan balik, bnyk btol murni ni untung sampai bole terus boleh buat satu cawangan lagi macam ni. Tapi good thing dia, most harga makanan dia sama, mcm dlu. Tapi ada certain naik sikit dalam akhir tahun lepas tak silap aku, mcm nasi goreng chicken chop from RM10 –> RM12. Harga ni applicable kat Murni SS2, sama je.
Nasi goreng ketam – RM15
Nasi Goreng Maryland – RM12
Cawangan baru yang jauh lagi proper dan elok, tapi certain benda2 yang penting macam makanan + harga dia maintain. Tapi satu je,lagi suka tengok kehebatan waiter dia menghafal order, tapi since sini dah moden, so takley tengok dah haha....
ni alamat die...
Murni Discovery,
Jalan PJU 1/3B
Sunway Mas Commercial Centre,
Petaling Jaya, Selangor
Bila tiba cuti sekolah... dan seperti biasa..berduyun-duyun kad jemputan kenduri kahwin memenuhi mail box.. xkira la sama ada mailbox merah kat pagar umah, mailbox email, mailbox twitter mahupun facebook.. smuanya penuh dgn jemputan kawen... dan selaku yang tak kawen lagi.. jd terpaksa la kami memenuhi undangan-undangan tersebut dengan harapan.. mereka-mereka tadi akan turut memeriahkan kenduri kawen kami nnt..ada faham... kena berbalas..hahahahaha... (gelak-gelak jugak..tp ini serius )
erm..dalam banyak2 kenduri tu... mesti ada yang jauh..ada yang dekat... yg sampai sesat nak cari umah pon ada.. huhu~~ yg tu mmg... usahkan map dlm kad yg kena seranah..tuan reka kad tu pon kne seranah gak... besalah klu wat map guna kpala lutut..petunjuk ntah ape2.. ngok betul.. map amazing race pon xde la semencabar mcm tu.. aduiiiii....
ok..bila kita dah bersusah payah dtg dr jauh..apa yg kami harapkan ialah layanan dr tuan umah.. xdelah smpai nak diorg palu kompang time kami tiba..owh..sememangnya bukan begitu yg kami harapkan... cukuplah sekadar bertanya kami ni sape (ye la..yg jemput kami anak dia, mak bapak diorg mna kenal kami..lenla klu kenduri dlm kampung yang sma).. jgn la duk pandang pelik kat kami mcm kami ni individu yg curi-curi dtg kenduri utk mkn nasik free... helloooooooooooo.. dah nak wat kenduri, pandai jemput org, pndai la layan jugak.. so bg yg bermuka tebal mcm kami (kan muka selipar jepun)..kesah ape org nak jemput ke x..kami redah jek masuk umah, cari si pengantin merangkap kawan kami merangkap tukang jemput kami ke kenduri.. tp yg hampehnya, bila si kawan sdiri tadi jd mcm orang asing lak.. tgk kami pastu senyum pon tak, ape pon x... kami jek yg terhegeh2 pi carik dia, bersalam, amik gmbr walaupun tanpa dipelawa... dan yang paling x boleh diterima, bila tidak keluar sepatah pon perktaan "jemputla makan".. harammmmmmmmmmmmmmmmm... tau la jd raja sehari, tp klu nak jadi raja pon, jadilah raja yang berjiwa rakyat, bukannya raja yg xsedar diri.. huhu~~.. so kepada pengantin dan bakal-bakal pengantin (tmasuk diri aku sdiri w'pon xtau bila lagi).. igtlah beberapa peringatan yang aku nak pesan mewakili hati-hati pengunjung kenduri..
jadi, sebgai peringatan kepada semua dan juga utk diri sdiri, walaupun majlis perkahwinan andalah utk meraikan anda yang berkahwin, tetapi igtlah, anda menjemput org ke majlis anda, maka layanlah dgn sebaik mungkin..jgn harap kami dtg bwk hadiah tp layanan zero.. daaa~~~