JellyPages.com

welcome


VISITOR

Time

My Luv

Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Click ye...

Pages

8.6.11

Bagaimana Nak Buat Untung Nuffnang Semakin Tinggi

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

1. Buffered earning

Buffered earning memerlulan traffik yang tinggi untuk pendapatan blog yang memuaskan. Traffik yang tinggi mestilah disertai dengan kandungan entri yang berkualiti.Pastikan traffik blog anda tinggi kerana pihak advertiser akan membeli jumlah unique visitors yang banyak justeru meningkatkan pendapatan blog anda.

2. Iklan Advertorial

Advertorial merupakan pendapatan nuffnang yang dikenali sebagai sponsored post.Advertorial merupakan artikel pengiklanan produk dimana pembayaran satu artikel produk tersebut sangat lumayan.Satu artikel boleh mencecah RM600.Untuk mendapatkan advertorial, blogger mestilah setia dengan nuffnang dan mempunyai traffik minimum 1000(seribu) sehari.

3.Faktor Demografik

Pastikan pembaca anda berasal daripada malaysia kerana pembayaran buffered earning hanya dibayar apabila pembaca dari Malaysia singgah ke blog anda.Nak tahu kenapa?Sebab iklan buffered earning hanya memfokuskan kepada per impression dari Malaysia.

4. Status nuffnang anda

Blogger yang menggunakan nuffnang mempunyai dua status seperti ordinary member(ahli biasa) dan glitterati( ahli eksklusif).Ahli glitterati nuffnang mendapat bayaran lebih tinggi berbanding ahli biasa.So, pastikan status anda adalah glitterati kerana peluang untuk mendapat pelbagai kempen nuffnang adalah lebih cerah.

5. Sertai kontest nuffnang

Pihak nuffnang selalu menganjurkan pelbagai kontest. Jika anda ada masa terluang, sertailah kontest anjuran nuffnang kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan dan boleh tingkatkan pendapatan blog anda bersama nuffnang...







P/s: Adik pun baru lagi berjinak-jinak dengan nuffnang ni...

No comments: