JellyPages.com

welcome


VISITOR

Time

My Luv

Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Click ye...

Pages

Showing posts with label :: review ::. Show all posts
Showing posts with label :: review ::. Show all posts

10.6.11

Kelebihan puasa di bulan Rejab



Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”





p/s: Petikan ini diambil dari sumber internet untuk dikongsi bersama jika anda rasa ianya tidak betul, sila beritahu kepada saya manakah yang benar atau salah. Terima kasih

8.6.11

Bagaimana Nak Buat Untung Nuffnang Semakin Tinggi

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

1. Buffered earning

Buffered earning memerlulan traffik yang tinggi untuk pendapatan blog yang memuaskan. Traffik yang tinggi mestilah disertai dengan kandungan entri yang berkualiti.Pastikan traffik blog anda tinggi kerana pihak advertiser akan membeli jumlah unique visitors yang banyak justeru meningkatkan pendapatan blog anda.

2. Iklan Advertorial

Advertorial merupakan pendapatan nuffnang yang dikenali sebagai sponsored post.Advertorial merupakan artikel pengiklanan produk dimana pembayaran satu artikel produk tersebut sangat lumayan.Satu artikel boleh mencecah RM600.Untuk mendapatkan advertorial, blogger mestilah setia dengan nuffnang dan mempunyai traffik minimum 1000(seribu) sehari.

3.Faktor Demografik

Pastikan pembaca anda berasal daripada malaysia kerana pembayaran buffered earning hanya dibayar apabila pembaca dari Malaysia singgah ke blog anda.Nak tahu kenapa?Sebab iklan buffered earning hanya memfokuskan kepada per impression dari Malaysia.

4. Status nuffnang anda

Blogger yang menggunakan nuffnang mempunyai dua status seperti ordinary member(ahli biasa) dan glitterati( ahli eksklusif).Ahli glitterati nuffnang mendapat bayaran lebih tinggi berbanding ahli biasa.So, pastikan status anda adalah glitterati kerana peluang untuk mendapat pelbagai kempen nuffnang adalah lebih cerah.

5. Sertai kontest nuffnang

Pihak nuffnang selalu menganjurkan pelbagai kontest. Jika anda ada masa terluang, sertailah kontest anjuran nuffnang kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan dan boleh tingkatkan pendapatan blog anda bersama nuffnang...







P/s: Adik pun baru lagi berjinak-jinak dengan nuffnang ni...

29.4.11

Petua Rumah Tangga oleh Ustazah Bahyah


ok... Disbbkan nk dkt mlangkah ke alam rumah tangga, mmg klau free saje je tgk yg bkaitan rumah tangga... ari ni t jumpe info,iaitu PETUA RUMAH TANGGA.. Dari ustazah Siti nur bahyah.... Bayaaaaaaaaa..... huhuhuhu.. (saje je nk pggl ko baya,sbb nama kn sme... )
ok la... Jom kita baca sme2....




Petua 8P daripada Ustazah Siti Nurbahyah.

1. P yang pertama adalah 'PUJI'.




iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan dan ucapan terima kasih apabila diberikan pertolongan. tp janganlah terlebih puji pulak.


2. P kedua iaitu 'PELUK' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan adalah antara belaian kasih sayang. tp..janganlah terover peluk plak terutamanya kat tempat awam. tu bleh menimbulkan kejengkelan orang ramai tu


3. P seterusnya adalah 'PENGHARGAAN' dimana amalan memberi hadiah untuk menambahkan kasih sayang. tak mahal takpe..janji ade la jugak kan...

4. 'PERHATIAN' adalah P yang keempat yang mesti diambil berat keranakekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan


5. P kelima adalah 'PERSEFAHAMAN'.


6. P seterusnya adalah 'PERGAULAN' iaitu suami dan isteri haruslah menjaga pergaulan masing - masing dengan orang lain bagi mengelakkan ianya melampaui batas, menimbulkan perasaan cemburu pasangan, dan seterusnya membawa pembabitan orang ketiga.


7. P yang ketujuh adalah 'PERCUTIAN' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh dengan kesibukkan masing-masing.




8. ok P yang last ni ialah 'PERMOHONAN' iatu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhkan daripada godaan keseronokkan duaniawi.






Amin......

14.4.11

Prosuder Permohonan Kebenaran Perkahwinan



Kategori 1



Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di Negeri yang sama.


1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.


2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.


3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)


4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).


5. Pihak perempuan akan mengisi borang.


6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.


7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.


8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.


9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.


10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.





Kategori 2


Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kedah, perempuan dari Selangor dan akan bernikah di Selangor)



1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.


2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.


3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)


4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda.(lelaki).


5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.


6. Pihak perempuan akan mengisi borang.


7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.


8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.


9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.


10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.


11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.


Kategori 3


Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)



1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.


2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.


3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)


4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).


5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.


6. Pihak perempuan akan mengisi borang.


7. Kenal pasti wali pihak perempuan dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.


8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.


9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.


10. Hantarkan borang Permohonan perempuan ke Pejabat Agama Negeri dan mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.


11. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang ada.


12. Isi borang di Pejabat Agama Negeri di mana majlis pernikahan akan dilangsungkan dan lampirkan Kebenaran Nikah Luar Negeri lelaki dan perempuan. Mohon Kebenaran perkahwinan.


13. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.




Kategori 4


Berkahwin dengan warga asing.



1. Sila Hubungi kedutaan pihak berkaitan untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan


2. Hubungi juga pihak imigresen untuk maklumat lanjut dan kebenaran yang diperlukan


3. Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah di mana wanita tersebut bermastautin.


4. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :- • Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);


• Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon;


• Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia;


• Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);


• Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);


• Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir); dan


• Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.



PENTING!




Jangan berlengah-lengah untuk membuat Permohonan berkahwin. Isikan borang dan dokumen lampiran 6-3 bulan sebelum hari pernikahan. Masa yang sesuai untuk membuat Permohonan di Pejabat Agama adalah 3 bulan sebelum hari pernikahan.

2.3.11

aku dan pameran pengantin

NI cite adik g pameran pengantin.. First time adik g pameran.. Adik g ngan nurul kat Pameran Pengantin Malaysia kt SACC.. (gmbr xde la)
Byk gak booth yg adik rse mmg mnawarkan harga yg murah n bpatutan dgn service diorg bg.. ada byk pamplet jgk yg aku leh simpan utk majlis nnt...

mmg rse best sgt... cuma sedih sbb encik tunang xekot skali..


2nd time g pameran pengantin kat PWTC kali ni g ngan encik tunang,kakak adik... tp mcm bese la... g survey2... n bwk blk pamplet yg byk.. huhuhu..



3rd time g shah alam plak... ngan encik tunang,mak,adik... kali de jgk yg bkenan... n trus book... huhuhu....


Ni senarai yg adik xg pn.. just nk bgtau je...

Ampang Point Shopping Centre : 7 - 9 Januari 2011/10pagi-10malam.



Shah Alam Convention Centre (Convec) : 11-13 Februari 2011


Legar Putra PWTC, KL : 1-3 April 2011.

10.2.11

DOA UTK PENGANTIN


Selalu wedding card, jarang/ xpnh dpt card yg da doa pengantin pas2 skali ngan nama pengantin..
adik jumpe doa utk pengantin ni.. xingat la dr blogger ner... sorry ye.. adik amek... huhuhu..
Dkt kad kawen adik nnt nk letak jgk la doa ni... :D
i love it!
Sample 1

Bismillahhirahmannirahim
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kurniakan Rahmat Kepada

ZAFIRAH & SYAFIQ (huhuhu...) Suami Isteri
Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.

Amin Ya Rabbal Alamin




Sample 2


“Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah Rumahtangga Kedua Mempelai Ini
ZAFIRAH & ....
Seindah Rumahtangga Adam A.S Dan Hawa.
Setabah Ibrahim A.S Dan Hajar, Sebahagia Yusuf A.S Dan Zulaikha,
Sesetia Sulaiman A.S Dan Balqis, Dan
Sesuci Muhammad S.A.W Dan Khadijah,
Murahkanlah Rezeki Mereka Dan
Kurniakanlah Zuriat Yang Beriman Dan Beramal Soleh,
Semoga Kehidupan Mereka Dipenuhi
Al-Mawaddah Dan Ar-Rahman Di Dunia Dan Di Akhirat”

Amin Ya
Rabbal Alamin

4.1.11

Rintangan @ Dugaan Dalam Tempoh Pertunangan

Tempoh bertunang adalah satu tempoh persediaan dari aspek mental, fizikal, dan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam tempoh ini juga, pelbagai dugaan dan ujian yang datang bakal mengukur kemampuan anda untuk mempertahankan ikatan yang dimeterai, selain membuktikan sejauh mana bukti cinta dan kasih sayang yang diungkapkan sebelum ini.

Antara Masalah/ Situasi Yang Sering Tercetus :

✿ Permintaan mahar yang terlalu tinggi ✿
Masalah paling besar yang ‘digeruni’ ialah isu wang hantaran yang terlalu tinggi. Menyentuh hal ini, ada yang mengakui bahawa masalah untuk memenuhi jumlah yang ditetapkan pihak keluarga perempuan kadang-kala menjadi punca utama perkahwinan tertangguh untuk tempoh masa yang panjang. ‘Mahar’ yang ditetapkan ini sebaik-baiknya tidaklah memberatkan pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki sendiri yang ingin memberikan jumlah yang tinggi kepada pihak pengantin perempuan itu dengan penuh rela hati, ini tidaklah menjatuhkan keberkatan si pengantin perempuan itu.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Berdoa agar dilembutkan hati semua pihak yang terlibat kerana Allah yang mampu ‘berbuat dan mengubah apa-apa sahaja terhadap apa jua perkara.’ Tetap sabar dan memperbaik hubungan dengan ibu bapa dan bakal ibu bapa mertua. Berusaha mempertemukan untuk kedua-dua pihak berbincang secara berhikmah.
Mintalah bantuan ahli keluarga yang rapat (mak cik/pak cik) untuk menerangkan perkara yang membelenggu fikiran anda ini jika anda tidak memiliki kekuatan untuk berbuat demikian.

✿ Kewangan ✿
Selain wang hantaran, pihak lelaki sering menjadi ''stres'' akibat terlalu memikirkan masalah kewangan dalam memenuhi impian perkahwinan yang bakal diadakan kelak. Dalam tempoh ini, pelbagai cara diusahakan untuk mendapatkan wang yang secukupnya sehinggakan ada yang mengambil langkah untuk membuat pinjaman peribadi dari bank tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Mengenal pasti bentuk perkahwinan yang anda perlu/ mahukan dan mencapai persetujuan dengan pasangan anda berkenaan dengan perkara seperti pakaian, lokasi, makanan, senarai jemputan, dan sebagainya. Apa-apa kos peruntukan harus disenaraikan terlebih dahulu kerana dikuatiri melebihi bajet. Sekiranya bajet terhad, anda harus memilih yang penting atau mencari jalan untuk menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian. Membuat pelan untuk menjimatkan wang untuk perkahwinan seperti jimat berbelanja dan menyimpan duit dengan membuka akaun untuk tujuan perkahwinan. Elak membuat pinjaman dari bank kerana tidaklah wajar anda meminjam dari bank sehingga menjadi beban pada masa depan. Yang penting, anda harus merancang dan berbelanja dengan bijak untuk mengelakkan kemelut kewangan yang membebankan kehidupan baru untuk tempoh yang panjang sekiranya membuat majlis perkahwinan yang besar-besaran di luar kemampuan anda.

✿ Pergaulan ✿
Pasangan yang sedang dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan antara pasangan. Ramai pasangan bertunang yang salah tanggapan terhadap ikatan pertunangan dengan menganggapnya sebagai lesen ‘p’ yang membolehkan mereka bergaul bebas dengan pasangan. Ingat bahawa bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah satu ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita meluahkan perasaan terhadap pasangan, namun kawallah perasaan itu.

✿ Komitmen ✿
Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Memang ada tetapi amatlah sedikit. Dalam tempoh ini lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana daripada tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan, kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Pemilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si perempuan pada tunangnya adalah orang asing. Jika si perempuan berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan, dia masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Bahkan jika diikutkan, ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu jika mereka putus tunang.

✿ Tempoh pertunangan terlalu lama ✿
Hakikatnya, tempoh pertunangan yang pendek lebih selamat untuk dilalui. Satu perkara paling penting yang harus diingat, alam pertunangan turut disertai dengan pelbagai dugaan. Biasanya, tempoh pertunangan akan ditetapkan selama enam bulan atau setahun. Walau bagaimanapun ada juga pasangan yang bertunang selama dua hingga empat tahun sebelum akhirnya membuat kata putus untuk berkahwin. Kebanyakan yang berbuat demikian menganggap diri masih belum bersedia untuk terikat dengan komitmen dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang pasti ada pasang surutnya.

Jalan penyelesaian/ cadangan:
Setiap pasangan perlu sepakat untuk menghadkan tempoh pertunangan agar tidak terlalu lama. Alasannya, hubungan sewaktu alam pertunangan lebih banyak membawa kepada perselisihan, walaupun disebabkan perkara yang remeh-temeh. Memendekkan tempoh pertunangan sekali gus mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti putus tunang.

24.12.10

Perlukah membeza kn

Perlu ke kita asingkan doorgift untuk tetamu kepada beberapa bahagian... contohnya doorgift A untuk VIP, doorgift B untuk kawan-kawan dan doorgift C untuk tetamu besa2.... perlu ke???????

*

*

*

*

*

*

*

Jawapan ikhlas dr adik 'tidak perlu asingkan'... Setiap tetamu yg hadir itu mbawa berkat & rezeki kpd tuan rumah.... Cewah... hihihi... Setiap yang hadir itu sama saja tarafnya.... Jadi mengapa perlu asingkan n mbezakan cenderahati yg kt bg kat tetamu? klau korang g kenduri kawen,ttibe korang dpt doorgift B sedangkn orang yg duduk sebelah korang dpt yg lagi besar.. Mesti ada sedikit perasaan xpuas ati@kecik ati. btul x?? mesti pnye la.. kadang2 bdk kecik klau dorg dpt candy,pas2 nampak org len dpt paperbag mesti jerit2 nk jgk..

Bagi adik, mcm ni tak adil la... Senang xpyh asingkn.. bg sme je... xpening kepala org yg nk bg doorgift nnt...

Mak adik pn siap pesan kalau nak bagai doorgift nnt "janganlah asing2 kan.Biarkan semua yang datang dapat bawak balik benda yang sama".. x bek klau asing2 kn,nnt tetamu kecik ati =( Bayangkan kalau kita yang terkena...

29.9.10

WEDDING GUIDE

(1) LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Adat Perkahwinan - Berbincang hal-hal perkahwinan dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan - Yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin
  • Hantaran – Start beli sikit-sikit ataupun beli masa megasale sekaligus.
  • Menentukan konsep & lokasi- hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan yang anda ingini. Majlis di rumah,dewan or taman.
  • Rujuk direktori - perkhidmatan perkahwinan jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin - tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

  • Mencari rumah – sama ada sewa atau membelinya atau rumah parents.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam - Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
b) Bagi pengantin lelaki:
Wang Hantaran - Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
(2) LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Kursus Kahwin
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  • Menempah videografi atau jurufoto - merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin
  • Menu Majlis- Memasak sendiri atau khidmat katerer. Bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. *bole estimate berapa org yg akan hadir & utk pembahagian kad
  • Menempah sekumpulan pemuzik atau DJ - jika perlu
  • Confirm – butik andaman, baju, makeup, pelamin
  • SPA - Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Honeymoon - Tentukan tempat dan budjet.

(3) TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Kad Kahwin - Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan - Tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Medical Check-up - Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • SPA lagi - Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
b) Bagi pengantin lelaki:
  • Reminder to relatives- Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Rombongan - Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
c) Bagi pengantin perempuan:
  • Saksi - Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Wali - Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
(D) DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Hantaran – Dah settle and gubahan must in progress
  • Pengapit & Flower Girl- Tentukan pengapit & flower girl anda, biasenya teman rapat or sedare mara. Jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Hantar Kad – Bole dibuat sebulan sebelum majlis. Tapi 2 bulan sblm tu dah buat sorting kad utk mak ayah punye kawan and kamu punya jemputan
  • Proses Daftar Nikah - Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
(E) TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Pastikan - Pakaian pengantin anda telah siap dan ambil and pastikan size baju betul dan anda telah berpuashati.
  • Pastikan - Ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  • Goodies, cenderamata – Dah siap dibeli and packing!
  • Tempat Bersiap – Bincang kat mana tempat nak untuk bersanggah atau bersiap ketika majlis kedua pihak.

(F) TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Menghias - Pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Emergency Needs - Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Reminder to Guess - Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Reminder again - Hubungi fotographer, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Packing 1– Barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Packing 2– Barang untuk dibawa ke majlis seterusnya kalau majlis di tempat lelaki pada keesokan harinye.
  • Fresh ur self - Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Sleeping Beauty - Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
b) Bagi pengantin lelaki:
  • Jurucakap - Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
c) Bagi pengantin perempuan:
  • Mak Andam Reminder - Hubungi mak andam anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. *yg berdedikasi biase dtg awal, tp tanya juga berapa org yang akan dtg, sbb biase mak andam bawa ramai org utk training, ada kes kecurian oleh budak2 mak andam nih! awas!
  • Penyambut Tetamu - Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
(G) PADA HARI PERNIKAHAN:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • IC jgn lupa! - Pastikan anda membawa kad pengenalan dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
  • Hantaran – Standby. *kalau nikah kat rumaha bole standby dalam bilik je, tp kalau nikah kat masjid tak perlu bw ke masjid, buat pertukaran di rumah.. sbb tak sesuai buat kat masjid..
b) Bagi pengantin lelaki
  • Mas Kahwin - Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Duit Hantaran - Pastikan duit (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Wang Upah - Diberikan kepada tok kadi.
  • Cincin / gelang tangan / rantai.
  • Hantaran – Standby dalam kereta and cukup, bole buat pertukaran lepas selesai majlis. *hanya bawa yang perlu ke salam masjib spt Mas kahwin, duit hantaran and cincin/gelang/rantai
  • Datang Awal - Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan saksi & wali ada - pada majlis pernikahan tersebut.
  • Reminder to tok kadi - diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
(H) PADA HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
a) Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  • Breakfast - bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Cool and Steady - Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum!!
b) Bagi pengantin lelaki:
  • Tepati Masa - Pastikan anda datang tepat pada masanya and datang awal dari waktu yang telah ditetapkan.
c) Bagi pengantin perempuan:
  • Siap Awal - Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
(I) TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
Okeh. Panjang lebaq dah ni.. and maybe ade yang i’ve termissed or anything need to add up, u can add in by urself..
as i said before, this is from various sources that i’ve compile thru internet searching and i’ve editted some info lah kan..
so this is only an advice or mcm reminder ape korg perlu buat sebab biase nya kie ni akan gelabah..
k... da...
Sharing is Caring

26.9.10

PERINGATAN UNTUK PENGANTIN DAN BAKAL PENGANTIN




Bila tiba cuti sekolah... dan seperti biasa..berduyun-duyun kad jemputan kenduri kahwin memenuhi mail box.. xkira la sama ada mailbox merah kat pagar umah, mailbox email, mailbox twitter mahupun facebook.. smuanya penuh dgn jemputan kawen... dan selaku yang tak kawen lagi.. jd terpaksa la kami memenuhi undangan-undangan tersebut dengan harapan.. mereka-mereka tadi akan turut memeriahkan kenduri kawen kami nnt..ada faham... kena berbalas..hahahahaha... (gelak-gelak jugak..tp ini serius )


erm..dalam banyak2 kenduri tu... mesti ada yang jauh..ada yang dekat... yg sampai sesat nak cari umah pon ada.. huhu~~ yg tu mmg... usahkan map dlm kad yg kena seranah..tuan reka kad tu pon kne seranah gak... besalah klu wat map guna kpala lutut..petunjuk ntah ape2.. ngok betul.. map amazing race pon xde la semencabar mcm tu.. aduiiiii....

ok..bila kita dah bersusah payah dtg dr jauh..apa yg kami harapkan ialah layanan dr tuan umah.. xdelah smpai nak diorg palu kompang time kami tiba..owh..sememangnya bukan begitu yg kami harapkan... cukuplah sekadar bertanya kami ni sape (ye la..yg jemput kami anak dia, mak bapak diorg mna kenal kami..lenla klu kenduri dlm kampung yang sma).. jgn la duk pandang pelik kat kami mcm kami ni individu yg curi-curi dtg kenduri utk mkn nasik free... helloooooooooooo.. dah nak wat kenduri, pandai jemput org, pndai la layan jugak.. so bg yg bermuka tebal mcm kami (kan muka selipar jepun)..kesah ape org nak jemput ke x..kami redah jek masuk umah, cari si pengantin merangkap kawan kami merangkap tukang jemput kami ke kenduri.. tp yg hampehnya, bila si kawan sdiri tadi jd mcm orang asing lak.. tgk kami pastu senyum pon tak, ape pon x... kami jek yg terhegeh2 pi carik dia, bersalam, amik gmbr walaupun tanpa dipelawa... dan yang paling x boleh diterima, bila tidak keluar sepatah pon perktaan "jemputla makan".. harammmmmmmmmmmmmmmmm... tau la jd raja sehari, tp klu nak jadi raja pon, jadilah raja yang berjiwa rakyat, bukannya raja yg xsedar diri.. huhu~~.. so kepada pengantin dan bakal-bakal pengantin (tmasuk diri aku sdiri w'pon xtau bila lagi).. igtlah beberapa peringatan yang aku nak pesan mewakili hati-hati pengunjung kenduri..


1) sekiranya anda menjemput rakan-rakan, pastikan ahli keluarga anda yang lain tau, so xdelah diorg terpinga-pinga bila tgk wajah-wajah yang cun, lain drpd saudara mara dan jiran tetangga.


2) pesan kepada seluruh ahli keluarga yang sepatutnya bersama-sama menjayakan kenduri tersebut, murahkan senyuman dan jgn berat mulut untuk mempelawa org masuk dan menjemput makan,


3) kepada si mempelai, klu dah time nak bsanding tp kwn2 masih xsmpai, pesanlah pd adik bradik or ahli keluarga yang lain utk melayan kwn2 anda sbgai wakil anda semasa anda duk bsanding.


4) kpd simepelai juga, kaakanla waktu anda duk bergamabar dgn pasangan masing2 (dah selesai brsanding formal)..klu kelihatan keliba kwn yg dtg, tinggallah sesi fotografi anda tu kejap, jemputlah kwn2 utk bergambar bersama (erm...sdara mara yg duk area situ pon elok dijemput begambar bersama) or jemputla kwn anda itu utk makan... jgn anda mabuk pasangan anda sgt..ralit berpeluk utk sesi fotografi smpai tamu yg dtg jd tunggul xtau nak pi mna, nak wat ape..sbb salah anda xwakilkan org utk layan tamu anda..faham..


5) dan bila tamu2 anda nak bersalam balik, alert tgk diorg dah dpt goodies bag ke belom.. bkn la nak sgt..tp tjk la penghargaan untuk kehadiran kami dr jauh.. ada satu kes tu, tuan umah (mak ayah pengantin) xbg kami goodie bag... nak blk pgi bersalam dgn pengantin (kwn sdiri) dia xkta ape pon tgk tgn kami kosong.. so anggap dah takde rezeki.. msa nak blk kami bkumpul la dpn umah tu tunggu kwn2 yg lain turun dr umah..kbetulan goodie bag centre kat situ.. so mak cik dia yg duk jga goodies bag tu usha kami smacam..demi ALLAH kami xde niat tggu situ sbb nak goodies bag tu..kami duk tggu member2 yg lain je... mak cik dia pon kta.."nak beg ni ke?" kami pon.. "eh..tak..tak..".. mak cik dia pon dtg hulur kat kami sorg satu..msa tu rsa terhina giler.. mcm mengemis pon ada.. huhu~~ tak patut betol...


6) kalau rumah anda selepas simpang, tolong jgn ltk bunting tu sblm simpang, tak pasal2 tersimpang kami dr jln yang benar... klu umah lps simpang, ltk la banting elepas simpang..ni ltk sblm simpang, sah2 kami masuk simpang tu..len la klu korg upgradekan bunting korang tu dgn ltk arrow... tindakan yang satu ni mmg aku xleh terima... mnyusahkan org betol..hangin..hangin.. bila smpai dpn umah kenduri tu...rsa xikhlas giler sbb dah sesat mcm2 jln.. hantu betol..

jadi, sebgai peringatan kepada semua dan juga utk diri sdiri, walaupun majlis perkahwinan andalah utk meraikan anda yang berkahwin, tetapi igtlah, anda menjemput org ke majlis anda, maka layanlah dgn sebaik mungkin..jgn harap kami dtg bwk hadiah tp layanan zero.. daaa~~~

4.5.10

TAMBAH BERAT BADAN


1. Elak makan makanan ringan.

Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman.

Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar

Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.

4. Minum multivitamin

Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh anda tidak dapat mencernanya dengan baik.


5. Senaman berat tidak melebihi satu jam

Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda. Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda. Apa yang penting, anda lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.

6. Makan lebih dua kali sehari

Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan. Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.

12.2.10

Rahsia Pikat Lelaki Mengikut Tarikh Lahir


Masih menanti Prince Charming?
Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu si gadis sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya....

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.
Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di
sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time
nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamu
melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu
memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang bersikap moody

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy...

Perlu ke MERAJUK lme2..


Hurm…bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau…



Saya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.

Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha…itu terpulang kepada diri masing-masing. Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang saya tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri.


Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit… Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. Perkara ni pernah saya dengar dalam Hot FM. Kesian saya rasa pada lelaki tu. Tetapi dalam masa yang sama, terkejut juga sebab wujud orang macam dia.

Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah… Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu…? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always… Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha…

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggungjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…


Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Perkahwinan

Sabda Rasulullah s.a.w Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku... Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?
Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.
Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.
Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.
Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

4) Lelaki dan bola..
lelaki dan bola memang tidak dapat di pisahkan.. walaupon seorang lelaki itu tidak minat bermain bola, namun apabila musim bola melanda mereka akan menontonnya.. biarpon terpakse bangun pukul 3 pagi.. masa inilah diorang nk spend mase ngn rakan....

selain rahsia di atas,nk share perkara2 yang DILARANG KERAS untuk dibincangkan bersama lelaki...
Berikut merupakan perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki..
Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka..

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

5. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

6. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

7. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

8. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.