JellyPages.com

welcome


VISITOR

Time

My Luv

Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Click ye...

Pages

Showing posts with label :: suke suki ::. Show all posts
Showing posts with label :: suke suki ::. Show all posts

7.4.13

Basuh dan hilangkan hanyir ayam

Salam..  ari ni baby ammar demam.. badan die panas,naseb dh kurang skrg tgh tido.. cian anak mama.. demam sbb nk tumbuh gigi.. smentara baby ammar tgh tido,mama die bleh la b'bloger... tp xde idea utk d'cite kn...

Urmmmm.. ok la cite pasal cara basuh ayam.. de byk cara basuh ayam ni dgn asam keping,limau..  apa cara korang basuh ayam eh.?
Mama ammar ni d'ajar guna tepung gandum...
Cmni...
ayam yg dah d'buang kulit, d'rendam dgn tepung gandum...
Klau s'ekor ayam dlm 1 senduk...
gosok kat sume celah ayam... perap dlm 5 minit pas2 dicuci semula... hanyir ayam pn ilang..Barulah simpan dlm peti sejuk...

10.4.11

Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu." huuhuhu...

4.5.10

TAMBAH BERAT BADAN


1. Elak makan makanan ringan.

Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya ia hanya akan menambah lemak tidak sihat di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius, akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman.

Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar

Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar. Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman. Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah penat melakukan senaman. Senaman penting bukan sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam, tidak benar sama sekali.

4. Minum multivitamin

Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B, membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan. Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh anda tidak dapat mencernanya dengan baik.


5. Senaman berat tidak melebihi satu jam

Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan, jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam. Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda. Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda. Apa yang penting, anda lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.

6. Makan lebih dua kali sehari

Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera makan. Macam mana nak tambah berat badan jika makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang penting menu yang menjadi pilihan haruslah sihat dan berkhasiat.

4.3.10

Doktor

1 . Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang. 2. Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing... 3. Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?". "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Ha' kawan atok duduk dalam tong merah tu?

11.2.10

salah faham

Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

LAWAK BUDI BAHASA LRT


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!